Monday, July 30, 2007

MINDA KELAS PERTAMA

Apa yang dikatakan minda kelas pertama..??? “Dalam dunia global masa kini modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan bukan lagi kemewahan..” Demikian antara ungkapan penting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Perdana Menteri berpendapat, pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran rakyat Malaysia adalah satu cabaran terbesar… Ianya harus bermula dari akar umbi untuk menjayakan minda kelas pertama ini…


Jika diteliti ucapan itu dan dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ada tiga aspek penting pembangunan modal insan yang agak unik berbanding dengan rancangan sebelum ini iaitu skopnya yang holistik, penekanan kepada aspek pembangunan intelektual dan pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi… Maka pelajar pengajian tinggi hari ini harus memperjuangkan dan menjayakan rancangan untuk memastikan masyarakat Malaysia hari ini mula berfikiran secara minda kelas pertama.. minda kelas pertama ini juga memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup, agama dan moral.. ciri ini merangkumi penguasaan dan nilai ilmu yang tinggi, sikap proaktif, berakhlak luhur, tidak mementingkan diri dan memberi sumbangan bermakna, tidak hanya pelan induk dan perancangan.


Ingin dinyatakan disini pembangunan modal insan yang ada ketika ini sudah mencapai satu tahap membanggakan jika diukur daripada neraca negara membangun. Dari segi statistik, bilangan enrolmen dalam pelbagai bidang daripada peringkat sijil hingga PhD meningkat pada peringkat pengajian tinggi. Ini ketara dari segi jumlah enrolmen meningkat dari 574,421 pada 2000 kepada 731,698 pada 2005, dan dijangka mencapai 1,326,340 menjelang 2010. Kita dapat lihat dengan dasar kerajaan sekarang ini, pelajar diperingkat pengajian tinggi semakin bertambah kerana semakin hari semakin bertambah di sebabkan semakin ramai yang telah mempunyai minda kelas pertama.. selain itu kerajaan berusaha giat untuk kemudahan untuk peringkat pengajian tinggi semakin bertambah dan meluas.


Oleh itu kepada pelajar-pelajar yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.. bentuk diri anda dengan minda kelas pertama kerana kita punya infrastruktur kelas pertama.. jika pelajar sendiri tidak membentuk diri dengan minda kelas pertama.. siapa lagi yang akan meneruskan impian untuk membawa Malaysia mencapai matlamat Negara maju.. kerana untuk mencapai Negara maju.. kita harus ubah fikiran kita untuk menjadi golongan yang mempunyai minda kelas pertama..