Saturday, September 22, 2007

TUNAIKAN KEWAJIPAN MENGUNDI


Kepada semua warga UTM aspirasi ingin anda sedar bahawa undi anda adalah amat bermakna dalam pemilihan MPPUTM. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawab kita semua dengan turun mengundi.

Walaubagaimanapun aspirasi ingin menyarankan agar anda memangkah undi anda dengan cara yang betul. Pastikan ianya tidak sia-sia dengan menjadi undi rosak. Undi anda akan rosak apabila

1 anda memangkah calon lebih daripada kerusi yang ditetapkan.

2.anda menanda selain daripada tanda pangkah

3. pangkahan anda melebihi daripada kotak yang disediakan.

Oleh yang demikian yang tidakan dan pilihan yang bijak..fikir sebelum pangkah..


Aspirasi mengucapkan selamat mengundi!!!

Thursday, September 13, 2007

WALLPAPER ASPIRASI.


ANDA BOLEH DOWNLOAD WALLPAPER INI.. HANYA KLIK PADA GAMBAR NIE.. KEMUDIAN SAVE PADA PC ANDA...

Wednesday, September 12, 2007

GERAKANA BAWAH TANAH-PENGALAMAN BEKAS PMIUM

Kehidupan pemimpin pelajar memang sukar difahami. Apa yang dilakukan semuanya bermula dari idealisme dan kepercayaan apa yang dirasakan benar untuk diperjuangkan.

Begitulah yang dapat disimpulakan dengan aktivis pelajar, Mohamad Hanif Abdullah, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia (MPP UDM).

" Dahulu saya pernah terlibat dengan gerakan bawah tanah, ketika saya menuntut di Universiti. Ketika itu saya masih lagi pelajar Asasi Sains", cerita Hanif secara terus terang.

" Gerakan bawah tanah ? " Soalan lanjut wartawan Akhbar Mahasiswa

" Saya pernah terlibat dalam usrah, tamrin dan dilantik menjadi 'mas'ul'(ketua) sebuah kolej kediaman di UM. Semua kegiatan ini dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan pentadbir kolej dan universiti. Semuanya untuk 'merekrut' ahli baru dan untuk memenangi pilihanraya kampus", jelasnya lagi.

" Kenapa saudara boleh terlibat ?" Soal lanjut wartawan lagi.

" Saya tertarik dengan slogan Islam, saya menyertai usrah dan direkrut menjadi ahli.Setelah berbaiah, saya tidak mampu keluar jamaah (kumpulan). Walaupun pada awalnya saya tidak mahu terlibat dengan parti, tetapi pada akhirnya saya terjebak juga" keluhnya sambil mengingati sejarah silam.

"Apa maksud saudara terlibat dengan parti ?" Soal wartawan untuk mendapatkan kepastian.

"Saya dan ahli-ahli lain pernah bertamrin di Taman Malewar. Pimpinan parti PAS juga datang memberi ceramah. Kami pernah berbaih di Markaz parti pembangkang itu", jelasnya secara jujur, seolah-olah menyesali apa pernah terjadi ke atas dirinya itu.

" Kenapa keluar dari UM?", wartawan ingin kepastian.


"Saya ingin keluar dari belenggu politik, saya benar-benar tertekan dan tidak dapat menumpukan kepada pelajaran" keluhnya lagi.

Pengalaman yang dialami oleh Mohamad Haniff Abdullah adalah sebuah kisah benar yang benar-benar terjadi ke atas dirinya. Dia telah membuat keputusan paling nekad iaitu meninggalkan semua 'belenggu hitam' itu, dengan mengambil keputusan untuk memohon menamatkan pengajian di UM dan memulakan kehidupan baru di KUSZA.

Di KUSZA, walaupun ada kumpulan usrah seperti di UM, tetapi dia tidak akan melangkah ke alam itu lagi kerana tahu kesudahannya. Dia telah benar-benar bertekad, tidak akan mengulangi kesilapan silam.

Jiwanya masih ingin aktif dalam kegiatan ko-kurikulum, tetapi tidak mahu lagi terlibat dengan gerakan bawah tanah. Kini dia telah kembali menjadi mahasiswa yang rasional, aktif membela kebajikan keseluruhan mahasiswa.

Pada sesi 2005/6, menawarkan diri bertanding dengan kumpulan Aspirasi dan memenangi pilihanraya itu serta dilantik menjadi Presiden MPP. Sesi berikutnya bertanding sekali lagi dan menang serta dipilih semula menjadi Presiden MPP untuk penggal kedua. Berdasarkan bakat dan pengalamannya di KUSZA (UDM), dia telah dipilih menjadi jurucakap MPP seluruh IPTA.
Apabila ditanya, apakah perbezaan antara berada dalam gerakan bawah tanah (ketika di UM) dengan berada dalam kumpulan Aspirasi di UDM, dia menjelaskan terlalu berbeza seperti langit dengan bumi.

Katanya ketika berada di dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dahulu, jiwanya benar-benar tertekan dan terpaksa mengorbankan diri untuk kepentingan persatuan. Tetapi ketika berada dalam kumpulan Aspirasi, jiwanya bebas dan dapat mengembangkan bakat tanpa dikongkong oleh pihak lain.

" Kalau dahulu, saya 'terpenjara' dalam diri sendiri dan sentiasa tertekan dengan 'arahan-arahan' daripada 'orang-orang Parti. Tetapi di UDM, saya dapat imbangi antara minat dan pelajaran. Saya aktif berpersatuan, tetapi tidak menjejaskan pembelajaran saya. Saya bersyukur Allah telah memberi hidayah dan mengembalikan ke jalan yang benar", katanya sambil tersenyum riang.

Katanya lagi, kehidupannya sekarang benar-benar terisi, tiada lagi belenggu-belenggu politik dan arahan-arahan dari luar, jiwanya lebih tenang dan dapat berfikir secara rasional.

"Kalau ingin berjaya, jangan sesekali terpedaya dengan slogan agama, kalau sudah terjebak anda akan 'terpenjara' dalam diri sendiri buat selama-lamanya" tegasnya sebagai menutup perbualan.