Monday, November 12, 2007

MUSTAHIL UNTUK MANSUHKAN CAJ PENTADBIRAN PTPTN

PUTRAJAYA 22 Okt. - Adalah mustahil untuk memansuhkan caj pentadbiran skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada masa kini kerana ia akan menambah perbelanjaan mengurus kerajaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ini kerana sumber PTPTN itu sebahagian besarnya datang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“KWSP telah mengenakan caj lima peratus kepada PTPTN, jadi PTPTN kenakan caj pentadbiran kepada pelajar sebanyak tiga peratus.

“Pada masa ini, subsidi kerajaan kepada pelajar ialah dua peratus, beza faedah itu, (dan) pada masa ini ia berjumlah RM300 juta setahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, Datuk M. Kayveas, pada perhimpunan agung parti itu semalam, supaya kerajaan menghapuskan kadar faedah (caj pentadbiran) skim PTPTN.

Mustapa berkata, isu itu merupakan isu besar dan “kita boleh kaji perkara ini, tetapi itulah kekangan atau halangan yang dihadapi kerajaan oleh kerana pengajian tinggi ini amat mahal dan semakin tinggi kosnya dan mustahil bagi kerajaan untuk membiayainya 100 peratus.”

Beliau berkata, bagi pihak tertentu, isu ini memang popular untuk dimainkan atau dipolitikkan.

“Tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apabila kita pinjam wang ini, kita perlu membayar balik.

“Jika kita hendak menghapuskan caj pentadbiran, kita kena keluar lebih banyak daripada perbelanjaan mengurus kerajaan, jadi ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah yang ditanggung kerajaan sudah pasti akan meningkat dalam lima tahun akan datang dengan pertambahan pelajar ke institut pengajian tinggi. - Bernama

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

Monday, October 8, 2007

KABINET MPPUTM 2007/08

Pada 8 oktober 2007 didewan senat telah berlangsung sesi pembetukan kabinet majlis eksekutif dan majlis tertinggi mpp 2007/08


Y. Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri Mohd. Ghazali ,Naib Canselor telah mengumumkan keputusan KABINET ME dan MT MPPUTM 2007/08 hasil daripada pengundian semua MPP. Dan berikut merupakan hasil daripada pengundian tersebut:


PRESIDEN : MOHD HAFIZ BIN MOHD JOHARI

TIMB PRESIDEN : NURUL HUDA BINTI BAHUDDIN

SETIAUSAHA AGUNG : HAFIZAH BINTI AMAD PUA’AT

BENDAHARI KEHORMAT : MOHD HAFIZ BIN SULAIMAN

NAIB PRES AKTIVITI : MOHD ASHRAF BIN BASARUDIN

NAIB PRES PENGURUSAN : SITI ZALEHA BINTI MISNAN

NAIB PRES FAKULTI : MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN JOHARI

NAIB PRES KOLEJ : ASWADI BIN ABD RAHMAN

NAIB PRES UTMKL : MOHD AZAMI BIN ZOKEREFLI

Dan pada kali ini undian bagi jawatan ME dan MT bagi UTM Skudai hanya dilaksanakan oleh MPP Skudai dan bagi jawatan Naib Presiden UTM City Campus hanya dilaksanakan oleh MPP UTM City Campus. Ini setelah dipersetujui oleh semua pihak hasil demokrasi yang dilaksanakan oleh Dato TNC.

TAHNIAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon-calon aspirasi yang menang di kerusi masing-masing. Walaubagaimanapun bagi calon calon yang kurang berjaya jangan berputus asa dan teruskan bersama aspirasi. Kerana ini adalah percaturan dan semestinya keputusan ada yang Berjaya dan ada kurang Berjaya. Apa pun disini hendak diingatkan kepada yang Berjaya merebut kerusi dan jawatan masing-masing… Lakukan tugas yang diamanahkan oleh pelajar dengan betul.

Semoga dengan kemenangan calon-calon aspirasi ini akan membuatkan UTM berubah kearah yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Monday, October 1, 2007

JANGAN TERPENGARUH DENGAN FITNAH INI


Anda terbaca artikel ini???

Inilah adalah fitnah yang paling besar dihadapkan kepada ASPIRASI… Apa buktinya??? kami dipihak ASPIRASI tidak akan pernah mengakui fitnah ini… kami di pihak ASPIRASI menafikan sekeras-kerasnya.. ASPIRASI menghormati hak beragama masing-masing tapi kami tidak pernah membelakangkan agama… Apa buktinya sayful dan nik berbuat demikian.. bagi yang menyebarkan fitnah ini ASPIRASI ingin menyarankan 2 perkara:-

1. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, ingatlah jangan mencetuskan sebarang perbalahan dan merosakkan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan Agama..

2. Sebagai penganut Agama Islam ingatlah bahawa ini adalah fitnah besar yang mana dilakukan dibulan Ramadhan. Untuk menuju satu matlamat apakah kita sanggup menghalalkan cara yang memang salah dan terkutuk…


Fikirkanlah bahawa penabur fitnah tak akan terlepas daripada BALASAN ALLAH… tambahan di bulan yang mulia bulan Ramadhan ini….

Saturday, September 22, 2007

TUNAIKAN KEWAJIPAN MENGUNDI


Kepada semua warga UTM aspirasi ingin anda sedar bahawa undi anda adalah amat bermakna dalam pemilihan MPPUTM. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawab kita semua dengan turun mengundi.

Walaubagaimanapun aspirasi ingin menyarankan agar anda memangkah undi anda dengan cara yang betul. Pastikan ianya tidak sia-sia dengan menjadi undi rosak. Undi anda akan rosak apabila

1 anda memangkah calon lebih daripada kerusi yang ditetapkan.

2.anda menanda selain daripada tanda pangkah

3. pangkahan anda melebihi daripada kotak yang disediakan.

Oleh yang demikian yang tidakan dan pilihan yang bijak..fikir sebelum pangkah..


Aspirasi mengucapkan selamat mengundi!!!

Thursday, September 13, 2007

WALLPAPER ASPIRASI.


ANDA BOLEH DOWNLOAD WALLPAPER INI.. HANYA KLIK PADA GAMBAR NIE.. KEMUDIAN SAVE PADA PC ANDA...

Wednesday, September 12, 2007

GERAKANA BAWAH TANAH-PENGALAMAN BEKAS PMIUM

Kehidupan pemimpin pelajar memang sukar difahami. Apa yang dilakukan semuanya bermula dari idealisme dan kepercayaan apa yang dirasakan benar untuk diperjuangkan.

Begitulah yang dapat disimpulakan dengan aktivis pelajar, Mohamad Hanif Abdullah, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia (MPP UDM).

" Dahulu saya pernah terlibat dengan gerakan bawah tanah, ketika saya menuntut di Universiti. Ketika itu saya masih lagi pelajar Asasi Sains", cerita Hanif secara terus terang.

" Gerakan bawah tanah ? " Soalan lanjut wartawan Akhbar Mahasiswa

" Saya pernah terlibat dalam usrah, tamrin dan dilantik menjadi 'mas'ul'(ketua) sebuah kolej kediaman di UM. Semua kegiatan ini dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan pentadbir kolej dan universiti. Semuanya untuk 'merekrut' ahli baru dan untuk memenangi pilihanraya kampus", jelasnya lagi.

" Kenapa saudara boleh terlibat ?" Soal lanjut wartawan lagi.

" Saya tertarik dengan slogan Islam, saya menyertai usrah dan direkrut menjadi ahli.Setelah berbaiah, saya tidak mampu keluar jamaah (kumpulan). Walaupun pada awalnya saya tidak mahu terlibat dengan parti, tetapi pada akhirnya saya terjebak juga" keluhnya sambil mengingati sejarah silam.

"Apa maksud saudara terlibat dengan parti ?" Soal wartawan untuk mendapatkan kepastian.

"Saya dan ahli-ahli lain pernah bertamrin di Taman Malewar. Pimpinan parti PAS juga datang memberi ceramah. Kami pernah berbaih di Markaz parti pembangkang itu", jelasnya secara jujur, seolah-olah menyesali apa pernah terjadi ke atas dirinya itu.

" Kenapa keluar dari UM?", wartawan ingin kepastian.


"Saya ingin keluar dari belenggu politik, saya benar-benar tertekan dan tidak dapat menumpukan kepada pelajaran" keluhnya lagi.

Pengalaman yang dialami oleh Mohamad Haniff Abdullah adalah sebuah kisah benar yang benar-benar terjadi ke atas dirinya. Dia telah membuat keputusan paling nekad iaitu meninggalkan semua 'belenggu hitam' itu, dengan mengambil keputusan untuk memohon menamatkan pengajian di UM dan memulakan kehidupan baru di KUSZA.

Di KUSZA, walaupun ada kumpulan usrah seperti di UM, tetapi dia tidak akan melangkah ke alam itu lagi kerana tahu kesudahannya. Dia telah benar-benar bertekad, tidak akan mengulangi kesilapan silam.

Jiwanya masih ingin aktif dalam kegiatan ko-kurikulum, tetapi tidak mahu lagi terlibat dengan gerakan bawah tanah. Kini dia telah kembali menjadi mahasiswa yang rasional, aktif membela kebajikan keseluruhan mahasiswa.

Pada sesi 2005/6, menawarkan diri bertanding dengan kumpulan Aspirasi dan memenangi pilihanraya itu serta dilantik menjadi Presiden MPP. Sesi berikutnya bertanding sekali lagi dan menang serta dipilih semula menjadi Presiden MPP untuk penggal kedua. Berdasarkan bakat dan pengalamannya di KUSZA (UDM), dia telah dipilih menjadi jurucakap MPP seluruh IPTA.
Apabila ditanya, apakah perbezaan antara berada dalam gerakan bawah tanah (ketika di UM) dengan berada dalam kumpulan Aspirasi di UDM, dia menjelaskan terlalu berbeza seperti langit dengan bumi.

Katanya ketika berada di dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dahulu, jiwanya benar-benar tertekan dan terpaksa mengorbankan diri untuk kepentingan persatuan. Tetapi ketika berada dalam kumpulan Aspirasi, jiwanya bebas dan dapat mengembangkan bakat tanpa dikongkong oleh pihak lain.

" Kalau dahulu, saya 'terpenjara' dalam diri sendiri dan sentiasa tertekan dengan 'arahan-arahan' daripada 'orang-orang Parti. Tetapi di UDM, saya dapat imbangi antara minat dan pelajaran. Saya aktif berpersatuan, tetapi tidak menjejaskan pembelajaran saya. Saya bersyukur Allah telah memberi hidayah dan mengembalikan ke jalan yang benar", katanya sambil tersenyum riang.

Katanya lagi, kehidupannya sekarang benar-benar terisi, tiada lagi belenggu-belenggu politik dan arahan-arahan dari luar, jiwanya lebih tenang dan dapat berfikir secara rasional.

"Kalau ingin berjaya, jangan sesekali terpedaya dengan slogan agama, kalau sudah terjebak anda akan 'terpenjara' dalam diri sendiri buat selama-lamanya" tegasnya sebagai menutup perbualan.

Thursday, August 23, 2007

FIKIRKAN SEJENAK

Dalam kelam malam,

Aku berlari keseorangan,

Menuju sebuah pondok usang,

Dengan penuh ketakutan.


Pondok usang kini aku diami,

Pelbagai perubahan telah aku lakukan,

Demi merubah keadaan,

Yang gelap cuba aku terangkan.


Dalam tika aku cuba merubah,

Kenapa ada yang iri hati,

Ingin merobohkan pondok usang,

Dengan pelbagai cara mereka lakukan.


Aku tidak peduli,

Biarpun orang iri hati,

Biar pun ada khianat dan dengki,

Pondok usang akan ku ubah,

Jadikannya ianya sebuah yang mewah.

Kata-kata di atas merujuk kepada keadaan semasa sekarang.. kenapa ada yang cuba mengkhianati atau cuba iri hati dengan pelbagai cara mereka lakukan untuk menjatuhkan seseorang.. kenapa tidak ada yang ingin membantu atau jika ada pun segelintir sahaja.. tetapi yang selebihnya menyebarkan fitnah dengan pelbagai cara untuk merosakkan pihak yang dianggap lawan mereka.. kenapa hari ini kita tidak sama2 berganding bahu untuk melakukan perubahan kepada masyakat, bangsa dan agama.. fikirkan sejenak.. apa kita tergolong dalam orang yang cuba meroboh pondok usang.. atau orang yang cuba merubah pondok hitam

Wednesday, August 22, 2007

UTM juarai Uniten Rowing Invitational 2007

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjuarai pertandingan Uniten Rowing Invitational 2007 selepas mengutip 96 mata, mengatasi pencabarnya, Universiti Malaya (UM) yang menduduki tempat kedua dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 89.

Tempat ketiga dimenangi Universiti Tenaga Nasional (Uniten), apabila berjaya mengumpul sebanyak 75 mata dan semua pemenang membawa pulang sijil dan piala. Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden/Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Pertandingan anjuran bersama Uniten dan Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama) itu diadakan selama empat hari mulai 16 Ogos lalu bertempat di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya. Sebanyak 20 pasukan menyertai pertandingan tahun ini iaitu 13 pasukan mewakili institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan, manakala baki tiga pasukan lagi mewakili Singapura dan Filipina.

Antaranya, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Ateneo, Filipina; Universiti Nasional Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Selain itu penyertaan dari empat pasukan sekolah menengah sekitar Putrajaya iaitu Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya; Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 1 dan SMK Putrajaya 2.

Sementara itu, Che Khalib ketika berucap berkata, pertandingan itu diadakan sejak 2005 dengan hanya enam penyertaan.

"Pertandingan ini bertujuan memperkenal dan mempopularkan sukan mendayung di kalangan pelajar IPT, sekali gus mengenengahkan Pusat Rekreasi Air Putrajaya sebagai lokasi utama sukan air negara.

"Lagipun, TNB yakin sukan adalah kegiatan luar terbaik untuk membina j ati diri golongan muda," katanya.

Katanya, kegiatan mendayung menerapkan tiga elemen penting iaitu kekuatan, daya ketahanan dan semangat berkumpulan, yang amat penting dalam kehidupan seharian.

Graduan UTM penerima PhD termuda

Dalam tempoh seminggu, rekod Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda negara, kemudian ianya dipecahkan pula apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan Majlis Konvokesyen ke-39 di Johor Bahru.

Pada majlis itu, Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi, 25, akan dianugerahkan ijazah PhD, sekali gus mengatasi rekod Siti Norasmah Surip, 26, yang menerima ijazah sama pada konvokesyen UKM minggu lalu. Sharifah Rafidah, anak kedua daripada empat beradik dilahirkan pada 10 Oktober 1981 di Bintulu, Sarawak dan memulakan persekolahan menengah dari 1993-1998 di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Mara Banting, Selangor sehingga 2000.

Beliau kemudian mengikuti pengajian di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan tamat pada 2003. Beliau diterima menjadi tutor di UTM dan melanjutkan pengajian di universiti itu pada peringkat sarjana.

Disebabkan pencapaian cemerlangnya pada tahun pertama pengajian sarjana, UTM bersetuju menaikkan status pengajian beliau ke peringkat PhD pada 2005. Dr Sharifah Rafidah berjaya menamatkan pengajiannya pada Mac 2007.

Beliau sudah menerbitkan lima makalah yang terbit dalam jurnal antarabangsa, tiga artikel majalah antarabangsa, satu jurnal kebangsaan, satu majalah kebangsaan, dua persidangan antarabangsa, tiga persidangan kebangsaan dan tiga paten yang difailkan.

Sharifah Rafidah juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti perkhidmatan cemerlang 2006 (cuti belajar); Pingat Emas Ekspo IPTA mengenai penyelidikan dan pembangunan 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan MSC-IHL, 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan UTM-Mara-MDC, 2005; Pingat Perak Ekspo Sains & Teknologi 2004 dan Pingat Perak Inatex 2004.

Sharifah Rafidah kini dilantik pensyarah kanan (gred DS51). Beliau juga aktif menjalankan pelbagai projek penyelidikan menerusi geran penyelidikan yang diperoleh menerusi dua geran E-sciencefund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dua geran pengkomersialan.

Monday, August 13, 2007

PTPTN OH PTPTN

Permohonan PTPTN secara online...dengar seperti lebih akan memudahkan mahasiswa adik-adik baru kita. Tapi disebalik hakikat itu nampaknya ianya semakin merumitkan lagi proses pengurusannya. Seperti yang kita tahu wang merupakan satu keperluan yang amat penting terutamanya kepada adik-adik mahasiswa baru yang baru hendak memulakan kehidupan di alam kampus.

Permohonan secara online ini adalah amat tidak sesuai kerana ianya perlu dilaksanakan sebelum adik-adik kita ini mendaftar di IPTA masing-masing, bagi mereka yang tinggal di kawasan yang agak terpencil pula bagaimana? Kita perlu fikirkan faktor itu. Seterusnya adalah masalah dokumen yang perlu di print dan ditandatangani oleh ibu bapa, perlu juga penyerahan dokumen-dokumen yang memakan masa kuliah adik-adik kita. ASPIRASI sangat prihatin dengan situasi ini ini kerana ada adik-adik kita yang terpaksa ponteng kuliah dan menunggu dari pagi hingga ke malam dan ada yang terpaksa menunggu sehingga 4 hari barulah dokumen itu dapat diserahkan. Jadi apakah sebenarnya kelebihan permohonan secara online ini?

Pihak ASPIRASI menyokong 100% pengurusan pihak PTPTN sekiranya pembaharuan permohonan secara online ini dilaksanakan 100% online tanpa perlu adanya proses-proses yang menambahkan lagi beban kepada mahasiswa dan ianya dilaksanakan semasa minggu MHS sama seperti pengurusan permohonan JPA kerana bagi mengelakkan ianya mengganggu minggu kuliah.

Jesteru itu pihak MPP ASPIRASI SEMALAYSIA telah meminta penjelasan berkenaan permohonan PTPTN secara online dan seterusnya membuat 1 resolusi dan diserahkan kepada pihak PTPTN pada 11 OGOS 2007 yang lalu.

Diharap agar PTPTN dapat membuat penambahbaikan terhadap pengurusan keadah permohonan secara online dan mengambil kira kepayahan yang dialami oleh mahasiswa sekiranya keadah ini hendak diteruskan.

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

ASPIRASI

Aspirasi mahasiswa merupakan 1 gerakan yang mana ianya memberikan sokongan yang penuh kepada aspirasi universiti dan seterusnya aspirasi kerajaan.


Kenapa kita perlu mengigit jari orang yang memberi makan kepada kita itulah yang boleh diungkapkan oleh aspirasi mahasiswa. bukan bermaksud kita menjadi anjing suruhan atau balaci seperti yang didakwa sesetangah pihak. Tetapi kerajaan telah menyediakan ruang dan laluan kepada mahasiswa menyuarakan segala pendapat, cadangan dan ketidak puasan hati kepada kerajaan bagi tujuan penambahbaikan melalui saluran Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sendiri, yang mana MPP yang menjadi perantaraanya .


Cuba kita renungkan, apa yang hebatnya kita melakukan demontrasi jalanan? kenapa perlu ada demonstrasi jalanan yang mana ianya hanya memberikan imej yang buruk kepada mahasiswa itu kembali bukan sahaja di dalam negara tapi ianya dipandang seantero dunia. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Perundingan adalah cara terbaik yang perlu kita terapkan. Oleh itu sebab itu lah Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di tubuhkan. Bukalah minda luas-luas. Jadilah mahsiswa dan mahasiswi yang boleh berfikir..

Monday, July 30, 2007

MINDA KELAS PERTAMA

Apa yang dikatakan minda kelas pertama..??? “Dalam dunia global masa kini modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan bukan lagi kemewahan..” Demikian antara ungkapan penting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Perdana Menteri berpendapat, pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran rakyat Malaysia adalah satu cabaran terbesar… Ianya harus bermula dari akar umbi untuk menjayakan minda kelas pertama ini…


Jika diteliti ucapan itu dan dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ada tiga aspek penting pembangunan modal insan yang agak unik berbanding dengan rancangan sebelum ini iaitu skopnya yang holistik, penekanan kepada aspek pembangunan intelektual dan pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi… Maka pelajar pengajian tinggi hari ini harus memperjuangkan dan menjayakan rancangan untuk memastikan masyarakat Malaysia hari ini mula berfikiran secara minda kelas pertama.. minda kelas pertama ini juga memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup, agama dan moral.. ciri ini merangkumi penguasaan dan nilai ilmu yang tinggi, sikap proaktif, berakhlak luhur, tidak mementingkan diri dan memberi sumbangan bermakna, tidak hanya pelan induk dan perancangan.


Ingin dinyatakan disini pembangunan modal insan yang ada ketika ini sudah mencapai satu tahap membanggakan jika diukur daripada neraca negara membangun. Dari segi statistik, bilangan enrolmen dalam pelbagai bidang daripada peringkat sijil hingga PhD meningkat pada peringkat pengajian tinggi. Ini ketara dari segi jumlah enrolmen meningkat dari 574,421 pada 2000 kepada 731,698 pada 2005, dan dijangka mencapai 1,326,340 menjelang 2010. Kita dapat lihat dengan dasar kerajaan sekarang ini, pelajar diperingkat pengajian tinggi semakin bertambah kerana semakin hari semakin bertambah di sebabkan semakin ramai yang telah mempunyai minda kelas pertama.. selain itu kerajaan berusaha giat untuk kemudahan untuk peringkat pengajian tinggi semakin bertambah dan meluas.


Oleh itu kepada pelajar-pelajar yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.. bentuk diri anda dengan minda kelas pertama kerana kita punya infrastruktur kelas pertama.. jika pelajar sendiri tidak membentuk diri dengan minda kelas pertama.. siapa lagi yang akan meneruskan impian untuk membawa Malaysia mencapai matlamat Negara maju.. kerana untuk mencapai Negara maju.. kita harus ubah fikiran kita untuk menjadi golongan yang mempunyai minda kelas pertama..