Thursday, August 23, 2007

FIKIRKAN SEJENAK

Dalam kelam malam,

Aku berlari keseorangan,

Menuju sebuah pondok usang,

Dengan penuh ketakutan.


Pondok usang kini aku diami,

Pelbagai perubahan telah aku lakukan,

Demi merubah keadaan,

Yang gelap cuba aku terangkan.


Dalam tika aku cuba merubah,

Kenapa ada yang iri hati,

Ingin merobohkan pondok usang,

Dengan pelbagai cara mereka lakukan.


Aku tidak peduli,

Biarpun orang iri hati,

Biar pun ada khianat dan dengki,

Pondok usang akan ku ubah,

Jadikannya ianya sebuah yang mewah.

Kata-kata di atas merujuk kepada keadaan semasa sekarang.. kenapa ada yang cuba mengkhianati atau cuba iri hati dengan pelbagai cara mereka lakukan untuk menjatuhkan seseorang.. kenapa tidak ada yang ingin membantu atau jika ada pun segelintir sahaja.. tetapi yang selebihnya menyebarkan fitnah dengan pelbagai cara untuk merosakkan pihak yang dianggap lawan mereka.. kenapa hari ini kita tidak sama2 berganding bahu untuk melakukan perubahan kepada masyakat, bangsa dan agama.. fikirkan sejenak.. apa kita tergolong dalam orang yang cuba meroboh pondok usang.. atau orang yang cuba merubah pondok hitam

Wednesday, August 22, 2007

UTM juarai Uniten Rowing Invitational 2007

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjuarai pertandingan Uniten Rowing Invitational 2007 selepas mengutip 96 mata, mengatasi pencabarnya, Universiti Malaya (UM) yang menduduki tempat kedua dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 89.

Tempat ketiga dimenangi Universiti Tenaga Nasional (Uniten), apabila berjaya mengumpul sebanyak 75 mata dan semua pemenang membawa pulang sijil dan piala. Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden/Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Pertandingan anjuran bersama Uniten dan Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama) itu diadakan selama empat hari mulai 16 Ogos lalu bertempat di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya. Sebanyak 20 pasukan menyertai pertandingan tahun ini iaitu 13 pasukan mewakili institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan, manakala baki tiga pasukan lagi mewakili Singapura dan Filipina.

Antaranya, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Ateneo, Filipina; Universiti Nasional Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Selain itu penyertaan dari empat pasukan sekolah menengah sekitar Putrajaya iaitu Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya; Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 1 dan SMK Putrajaya 2.

Sementara itu, Che Khalib ketika berucap berkata, pertandingan itu diadakan sejak 2005 dengan hanya enam penyertaan.

"Pertandingan ini bertujuan memperkenal dan mempopularkan sukan mendayung di kalangan pelajar IPT, sekali gus mengenengahkan Pusat Rekreasi Air Putrajaya sebagai lokasi utama sukan air negara.

"Lagipun, TNB yakin sukan adalah kegiatan luar terbaik untuk membina j ati diri golongan muda," katanya.

Katanya, kegiatan mendayung menerapkan tiga elemen penting iaitu kekuatan, daya ketahanan dan semangat berkumpulan, yang amat penting dalam kehidupan seharian.

Graduan UTM penerima PhD termuda

Dalam tempoh seminggu, rekod Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda negara, kemudian ianya dipecahkan pula apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan Majlis Konvokesyen ke-39 di Johor Bahru.

Pada majlis itu, Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi, 25, akan dianugerahkan ijazah PhD, sekali gus mengatasi rekod Siti Norasmah Surip, 26, yang menerima ijazah sama pada konvokesyen UKM minggu lalu. Sharifah Rafidah, anak kedua daripada empat beradik dilahirkan pada 10 Oktober 1981 di Bintulu, Sarawak dan memulakan persekolahan menengah dari 1993-1998 di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Mara Banting, Selangor sehingga 2000.

Beliau kemudian mengikuti pengajian di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan tamat pada 2003. Beliau diterima menjadi tutor di UTM dan melanjutkan pengajian di universiti itu pada peringkat sarjana.

Disebabkan pencapaian cemerlangnya pada tahun pertama pengajian sarjana, UTM bersetuju menaikkan status pengajian beliau ke peringkat PhD pada 2005. Dr Sharifah Rafidah berjaya menamatkan pengajiannya pada Mac 2007.

Beliau sudah menerbitkan lima makalah yang terbit dalam jurnal antarabangsa, tiga artikel majalah antarabangsa, satu jurnal kebangsaan, satu majalah kebangsaan, dua persidangan antarabangsa, tiga persidangan kebangsaan dan tiga paten yang difailkan.

Sharifah Rafidah juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti perkhidmatan cemerlang 2006 (cuti belajar); Pingat Emas Ekspo IPTA mengenai penyelidikan dan pembangunan 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan MSC-IHL, 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan UTM-Mara-MDC, 2005; Pingat Perak Ekspo Sains & Teknologi 2004 dan Pingat Perak Inatex 2004.

Sharifah Rafidah kini dilantik pensyarah kanan (gred DS51). Beliau juga aktif menjalankan pelbagai projek penyelidikan menerusi geran penyelidikan yang diperoleh menerusi dua geran E-sciencefund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dua geran pengkomersialan.

Monday, August 13, 2007

PTPTN OH PTPTN

Permohonan PTPTN secara online...dengar seperti lebih akan memudahkan mahasiswa adik-adik baru kita. Tapi disebalik hakikat itu nampaknya ianya semakin merumitkan lagi proses pengurusannya. Seperti yang kita tahu wang merupakan satu keperluan yang amat penting terutamanya kepada adik-adik mahasiswa baru yang baru hendak memulakan kehidupan di alam kampus.

Permohonan secara online ini adalah amat tidak sesuai kerana ianya perlu dilaksanakan sebelum adik-adik kita ini mendaftar di IPTA masing-masing, bagi mereka yang tinggal di kawasan yang agak terpencil pula bagaimana? Kita perlu fikirkan faktor itu. Seterusnya adalah masalah dokumen yang perlu di print dan ditandatangani oleh ibu bapa, perlu juga penyerahan dokumen-dokumen yang memakan masa kuliah adik-adik kita. ASPIRASI sangat prihatin dengan situasi ini ini kerana ada adik-adik kita yang terpaksa ponteng kuliah dan menunggu dari pagi hingga ke malam dan ada yang terpaksa menunggu sehingga 4 hari barulah dokumen itu dapat diserahkan. Jadi apakah sebenarnya kelebihan permohonan secara online ini?

Pihak ASPIRASI menyokong 100% pengurusan pihak PTPTN sekiranya pembaharuan permohonan secara online ini dilaksanakan 100% online tanpa perlu adanya proses-proses yang menambahkan lagi beban kepada mahasiswa dan ianya dilaksanakan semasa minggu MHS sama seperti pengurusan permohonan JPA kerana bagi mengelakkan ianya mengganggu minggu kuliah.

Jesteru itu pihak MPP ASPIRASI SEMALAYSIA telah meminta penjelasan berkenaan permohonan PTPTN secara online dan seterusnya membuat 1 resolusi dan diserahkan kepada pihak PTPTN pada 11 OGOS 2007 yang lalu.

Diharap agar PTPTN dapat membuat penambahbaikan terhadap pengurusan keadah permohonan secara online dan mengambil kira kepayahan yang dialami oleh mahasiswa sekiranya keadah ini hendak diteruskan.

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

ASPIRASI

Aspirasi mahasiswa merupakan 1 gerakan yang mana ianya memberikan sokongan yang penuh kepada aspirasi universiti dan seterusnya aspirasi kerajaan.


Kenapa kita perlu mengigit jari orang yang memberi makan kepada kita itulah yang boleh diungkapkan oleh aspirasi mahasiswa. bukan bermaksud kita menjadi anjing suruhan atau balaci seperti yang didakwa sesetangah pihak. Tetapi kerajaan telah menyediakan ruang dan laluan kepada mahasiswa menyuarakan segala pendapat, cadangan dan ketidak puasan hati kepada kerajaan bagi tujuan penambahbaikan melalui saluran Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sendiri, yang mana MPP yang menjadi perantaraanya .


Cuba kita renungkan, apa yang hebatnya kita melakukan demontrasi jalanan? kenapa perlu ada demonstrasi jalanan yang mana ianya hanya memberikan imej yang buruk kepada mahasiswa itu kembali bukan sahaja di dalam negara tapi ianya dipandang seantero dunia. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Perundingan adalah cara terbaik yang perlu kita terapkan. Oleh itu sebab itu lah Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di tubuhkan. Bukalah minda luas-luas. Jadilah mahsiswa dan mahasiswi yang boleh berfikir..