Monday, August 13, 2007

PTPTN OH PTPTN

Permohonan PTPTN secara online...dengar seperti lebih akan memudahkan mahasiswa adik-adik baru kita. Tapi disebalik hakikat itu nampaknya ianya semakin merumitkan lagi proses pengurusannya. Seperti yang kita tahu wang merupakan satu keperluan yang amat penting terutamanya kepada adik-adik mahasiswa baru yang baru hendak memulakan kehidupan di alam kampus.

Permohonan secara online ini adalah amat tidak sesuai kerana ianya perlu dilaksanakan sebelum adik-adik kita ini mendaftar di IPTA masing-masing, bagi mereka yang tinggal di kawasan yang agak terpencil pula bagaimana? Kita perlu fikirkan faktor itu. Seterusnya adalah masalah dokumen yang perlu di print dan ditandatangani oleh ibu bapa, perlu juga penyerahan dokumen-dokumen yang memakan masa kuliah adik-adik kita. ASPIRASI sangat prihatin dengan situasi ini ini kerana ada adik-adik kita yang terpaksa ponteng kuliah dan menunggu dari pagi hingga ke malam dan ada yang terpaksa menunggu sehingga 4 hari barulah dokumen itu dapat diserahkan. Jadi apakah sebenarnya kelebihan permohonan secara online ini?

Pihak ASPIRASI menyokong 100% pengurusan pihak PTPTN sekiranya pembaharuan permohonan secara online ini dilaksanakan 100% online tanpa perlu adanya proses-proses yang menambahkan lagi beban kepada mahasiswa dan ianya dilaksanakan semasa minggu MHS sama seperti pengurusan permohonan JPA kerana bagi mengelakkan ianya mengganggu minggu kuliah.

Jesteru itu pihak MPP ASPIRASI SEMALAYSIA telah meminta penjelasan berkenaan permohonan PTPTN secara online dan seterusnya membuat 1 resolusi dan diserahkan kepada pihak PTPTN pada 11 OGOS 2007 yang lalu.

Diharap agar PTPTN dapat membuat penambahbaikan terhadap pengurusan keadah permohonan secara online dan mengambil kira kepayahan yang dialami oleh mahasiswa sekiranya keadah ini hendak diteruskan.

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...